Funding Hope 461: Darah Barah Otak

Ibu yang Menderita Barah Otak

Kak Iman, seorang ibu berumur 37 tahun, pernah membantu menyara keluarganya. Namun, kehidupannya berubah secara drastik pada tahun 2020 apabila dia disahkan menghidap barah otak. Walaupun dua pembedahan utama telah dijalankan, barah ini telah menjejaskan sarafnya dengan teruk, yang mengakibatkannya terlantar di atas katil dengan separa wajahnya lumpuh. Kini, Kak Iman menghadapi kesukaran untuk duduk akibat kesakitan yang melampau di tulang belakangnya

Keperluan Segera

Selepas temubual bersama Kak Iman, kami mendapati bahawa dia memerlukan dana sebanyak RM16,200 untuk membiayai pembedahan dan rawatan seterusnya. Pembedahan ini sering ditangguhkan kerana dia terpaksa mengutamakan keperluan anak-anaknya.

Selepas mengesahkan segala maklumat, Yayasan Harapan Baru telah membuat keputusan untuk membantu membolehkan Kak Iman menjalani pembedahan seterusnya dengan segera. Kami, berharap agar masyarakat dapat membantu membiayai pembedahan Kak Iman agar dia dapat sembuh seperti sedia kala dan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Kami perlu mengumpul dana sebanyak RM16,200 dengan segera untuk membiayai pembedahan dan rawatan Kak Iman yang seterusnya.

Kak Iman dahulunya adalah seorang yang aktif dan ceria, serta rajin meluangkan masa membawa anak-anaknya bersiar-siar di luar.

Anak-anak adalah SUMBER KEKUATANNYA

Jahitan pembedahan pada otak kanan.

Barah ini telah menjejaskan sarafnya.

Kak Iman kini terlantar di atas katil dengan separa wajahnya lumpuh.

Laporan Perubatan dan Rawatan Kak Iman

Kami berharap setelah memahami situasi Kak Iman, anda boleh menyumbang seberapa jumlah yang anda mampu.
Ayuh sama-sama kita menjadi sinar harapan buat Kak Iman yang kini diuji dalam kegelapan. Sumbangan anda mampu meyelamatkan nyawa dan memberi jalan keluar bagi sebuah keluarga dalam kesusahan. Kami juga berharap anda boleh meryertai usaha kami, memberi Sinar Hidup dan Harapan baru – seiring dengan nama Yayasan kami.
Nombor Akaun
8010697384
Nama Akaun
Yayasan Harapan Baru

Rujukan: Kak Iman

IMBAS QR UNTUK MENDERMA

Sumbangan sekali Seberapa jumlah

Sumbangan anda amat dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

;