Ibu yang Menderita Barah Otak
Kak Iman, seorang ibu berumur 37 tahun, pernah membantu menyara keluarganya. Namun, kehidupannya berubah secara drastik pada tahun 2020 apabila dia disahkan menghidap barah otak. Walaupun dua pembedahan utama telah dijalankan, barah ini telah menjejaskan sarafnya dengan teruk, yang mengakibatkannya terlantar di atas katil dengan separa wajahnya lumpuh. Kini, Kak Iman menghadapi kesukaran untuk duduk akibat kesakitan yang melampau di tulang belakangnya
Keperluan Segera
Selepas temubual bersama Kak Iman, kami mendapati bahawa dia memerlukan dana sebanyak RM16,200 untuk membiayai pembedahan dan rawatan seterusnya. Pembedahan ini sering ditangguhkan kerana dia terpaksa mengutamakan keperluan anak-anaknya.
Selepas mengesahkan segala maklumat, Yayasan Harapan Baru telah membuat keputusan untuk membantu membolehkan Kak Iman menjalani pembedahan seterusnya dengan segera. Kami, berharap agar masyarakat dapat membantu membiayai pembedahan Kak Iman agar dia dapat sembuh seperti sedia kala dan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
Kami perlu mengumpul dana sebanyak RM16,200 dengan segera untuk membiayai pembedahan dan rawatan Kak Iman yang seterusnya.
Kak Iman dahulunya adalah seorang yang aktif dan ceria, serta rajin meluangkan masa membawa anak-anaknya bersiar-siar di luar.
Anak-anak adalah SUMBER KEKUATANNYA
Jahitan pembedahan pada otak kanan.
Barah ini telah menjejaskan sarafnya.
Kak Iman kini terlantar di atas katil dengan separa wajahnya lumpuh.